Tuesday, May 20, 2008

Bila Kita Nak Sampai Ke Tahap Ini?



Kagum!! Terpesona!! Asyik!! Ternganga!! Ape lagi yang bole aku kata kan? hmm...diorang memang gempak giler...tahap gaban!! Tabik la kt diorang ni...tapi bile plak Malaysia nak sampai ke tahap ini? Bukan nak cakap yang aku ni orang Post-Colonialism (bak kate Ketua Fakulti Tari - Mr. Joseph Gonzales) tapi memang tahap kita ni tak sampai ke situ lagi...bile Cheerleading di Malaysia ni nak berkembang? Hmmm...rules kat Malaysia still ketat...nak wat tu tak bole..nk wat ni tak bole...stunt setakat Basket Back Tuck pon salah disisi undang-undang...kalo macam tu la industri Cheerleading kat Malaysia ni..sedeyh la jawabnyer..pi mai pi mai tang tu jugak stunt yang dibuat...BOSAN!!! CHARM, ape kate korang komen sikit??!!

Thursday, May 15, 2008

Extreme Malaysia All Star




2007 CHARM Cheerleading Championship (CheerDance Division 1st Runner Up)




Yang lama dan yang baru (Kak Ever, Kak Nita, Me and Carmen)


Yeay!! Extreme is No. 1 this year!!! hehehe...


Trophy, Medal & Cek yang sangat gedabak.


Extreme in Action..


"Ringannyer" Ivy...hahaha...

Wednesday, May 14, 2008

Tarian Asyik

Sejarah Tarian Asyik


Tarian Asyik merupakan satu tarian klasik negeri Kelantan dan dipersembahkan di istana oleh gadis-gadis remaja pada hari upacara tertentu dan hari-hari keramaian. Penari-penari terdiri daripada dayang-dayang istana dan mereka dilatih dengan sewajarnya.Menurut Hikayat Patani, Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.

Asal usul tarian ini adalah daripada seorang raja yang memelihara seekor burung kesayangannya di istana. Suatu
hari beliau mendapati burungnya terlepas dari sangkar, lalu diikutnya burung itu ke hutan belantara dengan harapan untuk mendapatkannya balik. Setelah bertahun-tahun burung kesayangannya masih tidak dapat dijumpai, lalu raja tersebut kembali ke istana dengan penuh kekecewaan. Untuk
menghilangkan rindunya terhadap burung tersebut, raja itu telah memerintahkan agar mencipta satu tarian yang meniru gerak-geri burung kesayangannya. Untuk ujuan tersebut, maka kumpulan Asyik yang terdiri daripada dayang-dayang
istana terpaksa menari di hadapan raja bila baginda terkenangkan burungnya.

Asyik bererti kekasih dan pengertian tersebut bersesuaian dengan gerakgeri tarian ini yang bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Persembahan tarian ini dimulakan dengan kemunculan 10 orang penari yang
bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian diikuti pula oleh Puteri Asyik dan semua menyembah lalu menari.

Alat-alat muzik yang mengiringi Tarian Asyik terdiri daripada gedumbak asyik(sebanyak 11 jenis), gambang dan rebab. Tiga alat muzik utama ini mesti ada untuk mengiringi tarian ini. Di samping gerak geri dan pakaian yang berseri.

Tarian Asyik telah menarik minat masyarakat seluruhnya. Pakaiannya adalah serupa dengan Mak Yong iaitu
berbaju pendek (warna merah), kain sarong dan satu kain panjang digantung ada bahu dan dilepaskan hingga ke pinggang. Pada bahagian pinggang, penari memakai pending (sejenis tali pinggang) dan Puteri/asyik pula dimestikan
memakai caggar di sanggulnya.

Pada zaman dahulu Tarian Asyik ditarikan pada hari perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di istana. Hari ini Tarian Asyik dipersembahkan
juga pada hari-hari temasya negeri dan Negara.



Tarian Asyik Practical Exam


tiga dara pingitan sedang menunggu giliran


tetap nk amik gambar budak2 ni...


masing2 la bz prctice kan..time ni la nk ingt step..huhuhu...


Tadi ade exam tarian asyik...aku punyer giliran last sekali..bengang giler...nk tggu tu 63 tahun br smpai turn aku...t'pakse la dok kt luar studio mcm orang giler..tp nasib baik budak2 yg dh exam smalam ade...bole teman aku borak2 kejap...gossip2 jap...dalam tgh borak2 tu..ade la sorg classmate aku dtg kt aku...cte pasal ade sorg mamat ni yg merupakan anak "emas" salah seorang lecturer ktorg...dier mcm x ske bdk pompuan ni happy dgn bf die yg sekelas dgn kitorg...bdk laki bole dikatakan macam x bole tgk org lain bahagia la..ade je nak cari pasal dengan orang len..kalo ko menari cantik sgt x pe...ni setakat ala2 kadar saje...bek x yah..bek ko blaja balik kt Unitar tu..Opssiie!!! terlepas cakap plak..korang pepaham jerla yea sape dier tu...dah dah dah!! malas cite pasal bdk yg x berfaedah tu...sian plak aku tgk pasangan b'couple dlm kelas ktorg tu...ade je org yg dengki n x suke tgk diorg...untuk A & XY, bawak banyak bersabar yea..hmm...ok lah...ni dier video ade sorg budak botak tgh exam asyik..dier salah lingkaran bunge je..bak kate lecturer, Pn Hajijah Yaacob...kire ok la tu drpd kene tggu satu gong nk habiskan??!! hehehe...guys,enjoy the video!!!

Monday, May 12, 2008

Berjaya Times Square Cheer Performance


Ah Kit yg comel!!!


Muke bajet baik due2 ekor ni...huhuhuh...

Syafiq , Dayang Nurfaizah and Me



Aku geram giler mase show ni...aku dh bg taw PR RTM tu yg ktorg akan sampai dalam pkol 6.30pm kt venue..then bile dh sampai aku kene maki dengan producer untuk rancangan tu..aku pon ape lagi...mule la naik hangin kan...dier ingat ktorg ni cheerleader budak2 sekolah menengah ke nak tengking2..we're professional cheerleader ok!!! Korang punyer pekerja tu yang bodoh tak reti2 nak sampaikan maklumat kt ko...payment pon setakat bape je...tp disebabkan tolong kawan, aku pon buat jerla...tp enjoy gak wat show ni...ktorg perform live kuar kt TV1...huhuhu...pastu dah abis ktorg perform, terdiam mr producer tu..terngaga dier...hahaha..mane x nyer..dier ingt show ktorg ni sedeyh ker??!! Yang penting basket-toss tinggi yea..ade la takat setingkat setengah...x caye, tgk la video yang aku dh letak tu..